Wednesday, May 8, 2013

ASAS-ASAS MENGENAL SEJUK DAN PENYEJUKAN-LANJUTAN

Takrif penyejukan 

          Berlaku beberapa pertanyaan mengapa didalam kita mempelajari system penyejukan kita perlu melalui pengkajian didalam perbezaan diantara sistem penyejukan dan aplikasi dari sistem penyejukan. 
          Penyejukan adalah ditakrifkan sebagai satu proses pembuangan haba dari satu tempat atau keadaan atau mana-mana bahan untuk mengurangkan suhunya dan memindahkan haba itu ke tempat lain atau bahan lain. Ianya ialah proses penyejukan dimana kita menurunkan suhu bagi mana-mana bahan atau ruang lebih rendah dari suhu yang ada disekelilingnya.

Sejuk = adalah suhu/temperature yang mana adanya zat yang lebih tinggi dari suhunya atau disebut panas

Penyejukan = adalah ilmu yang membincangkan persoalan yang menyangkut perubahan suhu

Sistem penyejukan  = adalah ilmu yang membincangkan persoalan yang menyangkut aplikasi mesin, sistem kawalan, pembangunan, pemasangan dan pembaikpulihan.

Asas-Asas penyejukan


Zat (benda).

          Wujud benda yang ada di permukaan bumi terdiri daripada tiga keadaan yiaitu pejal, cair dan juga gas. Diantara ketiganya itu terdapat perbezaan sebagai berikut :
1. Benda dalam keadaan pejal memiliki bentuk dan isi yang tetap kerana                                          molekul- molekulnya saling megikat antara satu sama lain. 
2. Benda dalam cair isinya tetap dan bentuknya berubah-ubah menyesuaikan dengan   
    tempat penyimpanannya atau persekitarannya.
3. Benda dalam keadaan gas bentuk dan isinya selalu berubah-ubah.
Walaupun ketiga benda tersebut memiliki wujud yang berbeza-beza,tetapi salah satu wujud benda itu boleh berubah ke wujud yang lain. Sebagai contoh air (bentuk cecair) dapat berubah menjadi wap.

 Contoh; Perubahan wujud benda dari cecair menjadi wap


          Proses perubahan wujud suatu benda bergantung pada suhu dan tekanan di sekitarnya. Beberapa proses perubahan wujud benda adalah sebagai berikut.
1. Membeku, yaitu perubaha wujud benda dari cecair ke pejal
2. Mencair yaitu perubahan daripada pejal ke cecair
3. Menguwap yaitu perubahan dari cecair ke gas (wap)
4. mengembun yaitu perubahan daripada wap ke cecair
5. menyejat yaitu perubahan daripada pejal ke wap tanpa melalui proses perubahan kepada 
    cair.

          Pada sistem penyejukan proses perubahan wujud benda sangat berpengaruh besar dan secara khusus dilakukan oleh gas penyejukan. Gas penyejukan adalah bahan pendingin yang berupa cecair yang digunakan untuk menyerap haba melalui perubahan wujud cecair ke gas (menyejat) dan membuang haba melalui perubahan wujud gas ke cecair.


Haba

Haba adalah salah satu bentuk tenaga yang tidak dapat diciptakan oleh manusia atau dimusnahkan. Haba hanya dapat dipindahkan jika terdapat perbezaan suhu atau perbezaan tekanan. untuk memahami lagi dengan lebih jelas bahawa haba ketika ianya membakar pada besi ianya akan mengalir memanaskan besi tersebut pada suhu yang lebih rendah daripadanya dan apabila kita semakin tinggi maka peningkatan haba juga semakin tinggi lihat gambarajah dibawah.


gambarajah1

 gambarajah1.1

Perlu difahami juga bahawa keterbalikan daripada fakta tersebut adalah ketika adanya apa yang kita kenali sebagai tenaga ianya juga secara semulajadinya ianya akan melahirkan haba.
Contoh berikut dapat menghantar kepada pemehaman yang lebih jelas: Ketika sebuah kipas motor berjalan maka ianya memerlukan kepada tenaga elektrik maka dengan penggunaan tenaga tersebut terlahirlah haba yang mana motor tersebut akan mengeluarkan haba.

Sebagaimana yang disebut diatas bahawa haba dapat dipindahkan adalah dengan adanya perbezaan suhu. Suhu adalah tingkatan atau darjah panas dari suatu benda yang umumnya diukur dalam perkiraan  darjah celcius dan juga fahrenheit. Jika haba ditahbahkan pada suatu benda maka suhu pada benda tersebut akan naik. Begitupula sebaliknya jika haba dikurangkan/dipindahkan dari suatu benda maka suhu benda itu akan turun dan menjadi rendah dan suhu rendah itulah yang disebut dingin atau jika ianya lebih rendah daripada dingin disebut sejuk.

skala bacaan suhu Celsius dan Fahrenheit

Proses perpindahan haba pada suatu benda terjadi dengan tiga cara iaitu